Kota Kinabalu – Proses pengundian bagi PRN Sabah ke-17 tamat selepas semua pusat mengundi di negeri itu yang kebanyakannya dibuka pada 7.30 pagi ditutup 5.30 petang tadi.
Seramai 1,784,843 pengundi berdaftar tersenarai dalam daftar pemilih bagi pilihan raya kali ini.
BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN TERKINI YANG DIPEROLEHI YANG DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA
BANGGI – Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Mohammad Mohamarin mendahului di 11 daripada 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Banggi, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.
Menurut maklumat yang diterima, GRS menguasai sebahagian besar kawasan mengundi utama termasuk Karakit, Loktuhog dan Balambangan, manakala Parti Warisan hanya mendahului di dua PDM.






