Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Rekod pencapaian GRS, tonggak utama peroleh majoriti PRN17 – Jasnih

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Rekod pencapaian melalui pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepanjang lima tahun lalu menjadi tonggak utama kepada keyakinan gabungan itu untuk memperolehi majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Calon GRS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya berkata, hasil kerja kerajaan negeri sebelum ini menerusi pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan kebajikan masyarakat menggambarkan bukti jelas kepada rakyat mengenai kemajuan yang stabil.

“Saya berharap dan jangkaan saya sebenarnya cukup tinggi tetapi kita telah awal menjangkakan bahawa penyokong atau pengundi akan lebih ramai berpihak kepada kerajaan (GRS) kerana prestasi kerajaan sejak lima tahun lalu tidak boleh disangkal,” katanya.

Jasnih berkata demikian ketika ditemui selepas program Temu Rapat Dengan Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di perkarangan Dewan Kebudayaan Bajau Samah di sini, hari ini.

Acara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan calon GRS DUN Tamparulli, Dr Bonaventure Boniface.

Menurut Jasnih, ketika ditanya mengenai perkembangan kempen PRN Sabah Ke-17 sepanjang hampir dua minggu, beliau yakin akan meraih sokongan tinggi daripada penyokong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit.

“Alhamdulillah, setakat hari ini selepas hampir dua minggu, kita sangat positif di mana kepercayaan kepada GRS ini semakin menebal”.

“Insya-Allah saya rasa untuk kita memenangi N13 Pantai Dalit dan membentuk kerajaan GRS semula di peringkat negeri tidak ada masalah dan peluang sangat cerah,” katanya.

Beliau turut meletakkan keyakinan kesemua calon GRS sedang menuju kejayaan dan berpegang prinsip asal yang mahukan semua calon menang sebelum tarikh pengundian.

“kita beri kepercayaan sepenuhnya bahawa calon-calon GRS akan menang di kawasan mereka bertanding,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE