Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PM Anwar terima perletakan jawatan Shamsul Iskandar, tegaskan SPRM bebas siasat

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan atas khidmat dan sumbangan yang telah diberikan Shamsul Iskandar sepanjang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan.

“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas untuk menjalankan siasatan secara segera tanpa sebarang campur tangan luar,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pentadbiran negara, selain memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang.

Semalam, Shamsul Iskandar mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul dalam kenyataan di platform X berkata, terdapat percubaan untuk menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE