Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

KDM Sook bubar, sokongan padu untuk calon GRS


Oleh Silar Pinikit

SOOK: Ketua Penyelaras KDM Sook, Edward Kandok, mengumumkan pembubaran rasmi Parti KDM Bahagian Sook sebagai tanda sokongan padu kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) N. 45 Sook Datuk Ellron Angin pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 ini.

Menurut Edward, sehingga tarikh pengumuman, Parti KDM Sook mempunyai seramai 500 ahli.

Katanya, keputusan membubarkan parti bahagian itu adalah langkah strategik untuk menyatukan sokongan rakyat dan memastikan kesinambungan pembangunan di Sook.

Edward turut menyeru rakan-rakan serta penyokong yang masih belum membuat pilihan terhadap mana-mana parti di DUN N.45 Sook agar bersatu hati menyokong Ellron, sekali gus memperkukuh peluang kemenangan GRS.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Rushdy Raphael, yang sebelum ini menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) beberapa hari lepas, kini kembali ke pangkuan PBS dan menyatakan sokongan kepada Ellron.

Rushdy menyeru agar anak-anak muda terus memilih Ellron sebagai calon GRS nombor satu dalam susunan kertas undi pada pilihan raya kali ini.

Tinjauan semasa kempen minggu kedua menunjukkan sokongan akar umbi kepada calon GRS N.45 Sook semakin bertambah.

LEAVE A RESPONSE