Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

GRS Utamakan Sabah sebagai Agenda Nombor Satu dalam Manifesto —Julita Majungki


Read Time:1 Minute, 46 Second

Matunggong – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Matunggong, Datuk Julita Majungki, menegaskan bahawa gabungan itu meletakkan Sabah First atau “Sabah Diutamakan” sebagai agenda nombor satu dalam manifestonya, sebagai bukti komitmen GRS untuk melindungi kepentingan negeri dan rakyat Sabah secara berterusan.

Menurutnya, manifesto yang dilancarkan pada 17 haribulan lalu itu menggariskan empat teras utama, dengan “Sabah First” dipilih sebagai rukun pertama kerana ia menggambarkan pendirian jelas GRS bahawa hak Sabah harus sentiasa diberi keutamaan dalam setiap dasar, keputusan dan rundingan.

“Rakyat Sabah sudah terlalu lama diperkotak-katikkan dalam isu-isu berkaitan hak negeri, khususnya di bawah Perlembagaan dan MA63. Sebab itu GRS memilih untuk meletakkan Sabah sebagai keutamaan nombor satu,” katanya katanya ketika berucap di kempen Rumah Kita, Kita Jaga GRS DUN Matunggong yang turut dihari Pengerusi GRS, Datuk Seri Haji Hajiji Noor di Dewan Terbuka Pekan Matunggong di sini pada Selasa.

Tambah Julita  lagi, teras ini merangkumi beberapa komitmen penting yang Ianya Melindungi semua hak Sabah di bawah MA63, termasuk bidang kuasa negeri dan hak perundangan yang termaktub sejak pembentukan Malaysia.

“ Meneruskan rundingan tegas dan berprinsip dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan semula hak yang terhakis atau tidak dilaksanakan.

Manifesto itu juga Mengutamakan penyelesaian isu Pemberian Khas 40%, yang menjadi tuntutan utama rakyat Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata fokus terhadap Sabah First bukan retorik politik, tetapi adalah kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan GRS sejak mentadbir negeri, termasuk memantapkan tata kelola kewangan, memperkukuh hasil negeri dan menjalankan rundingan aktif bersama Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu,  Datuk Julita turut menegaskan bahawa manifesto GRS memberi perhatian besar kepada isu asas rakyat seperti air, elektrik dan jalan raya masalah bersejarah yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

“Kita perlu faham bahawa banyak masalah hari ini adalah masalah lama yang diwarisi. GRS sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya melalui perancangan menyeluruh yang sudah berjalan di seluruh Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Julita turut menyatakan bahawa menempatkan Sabah First sebagai agenda utama membuktikan bahawa GRS mempunyai hala tuju jelas dan visi jangka panjang untuk negeri.

“Manifesto GRS adalah kontrak moral dengan rakyat Sabah. Semua dasar dan keputusan mesti berakar pada satu prinsip — Sabah mesti diutamakan,” katanya.

LEAVE A RESPONSE