Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PBS N39 Tambunan sahkan sokongan rasmi kepada calon GRS di DUN Tambunan

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMBUNAN: Parti Bersatu Sabah (PBS) N39 Tambunan hari ini menegaskan pendirian rasmi parti dengan menyatakan sokongan penuh kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri N39 Tambunan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17.

Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik berkata, penjelasan itu dibuat susulan kekeliruan yang timbul ekoran kenyataan Naib Ketua Bahagian PBS Tambunan yang dikeluarkan tanpa mandat parti.

Beliau menegaskan bahawa PBS Tambunan sebulat suara menyokong calon GRS N39 Tambunan, Datuk Victor P Paut, dan komited menggerakkan keseluruhan jentera parti bagi memastikan kemenangan calon berkenaan.

Pengisytiharan itu turut disahkan oleh lebih tiga ribu ahli PBS Tambunan, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pendirian parti di peringkat bahagian.

Pertemuan khas bersama kepimpinan GRS Tambunan itu turut dihadiri wakil calon, Mohd Hajjaz Iqbal, serta pemimpin tempatan termasuk Timbalan Ketua Bahagian PBS, Silverius Bruno, Naib Ketua Bahagian PBS, Zainal Rashid, Daniel daripada AJK Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Romanus daripada AJK Bahagian PGRS Tambunan serta barisan AJK PBS Tambunan.

Mesyuarat berkenaan turut memutuskan bahawa jentera PBS Tambunan akan bekerjasama rapat dengan pasukan GRS Tambunan dalam gerak kerja pilihan raya termasuk mobilisasi akar umbi dan penyelarasan strategi kempen.

Dengan gabungan kekuatan tersebut, jentera dan penyokong GRS Tambunan kini dianggarkan mencecah lebih 20,000 orang, terdiri daripada 17,000 ahli Gagasan Rakyat Tambunan dan 3,000 ahli PBS Tambunan, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap prestasi calon GRS di DUN N39 Tambunan.

LEAVE A RESPONSE