Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU Sabah : SPRM Sabah lancar bilik gerakan khas

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan bilik gerakan khas bagi memantau serta menerima aduan berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu merupakan inisiatif proaktif SPRM dalam memastikan proses pilihan raya berjalan secara telus, berintegriti dan bebas daripada amalan rasuah.

Menurut kenyataan itu lagi, semua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam bermula 10 November sehingga 5 Disember 2025.

“Ia adalah bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang musim pilihan raya,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan SPRM di Pejabat SPRM Kota Kinabalu (017-8478740 / 088-488381); Pejabat SPRM Cawangan Sandakan (089-668746 / 011-18669877) dan Pejabat SPRM Cawangan Tawau (089-772743).

Selain itu orang ramai juga boleg menghubungi Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu (089-868769) dan Pejabat SPRM Cawangan Keningau (087-336761 / 016-5771521) selain aduan juga boleh disalurkan melalui e-mel rasmi [email protected].

SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau melanggar peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

“SPRM menyeru kerjasama semua pihak termasuk pengundi, calon, dan jentera parti bagi memastikan PRU DUN Sabah ke-17 berlangsung secara bersih, beretika dan berintegriti,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE