Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

QSB terima dividen RM7 Juta daripada pelaburan di BHMFB

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menerima bayaran dividen tahun 2024 berjumlah RM7 juta dari Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (BHMFB).

Majlis penyerahan bayaran dividen itu diadakan pada Jumaat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHMFB Datin Fauziah Abu Bakar Titingan kepada CEO QSB Datuk Ahmad Rizal Dahli dalam satu majlis di Pejabat BHMFB di sini.

Ia disaksikan oleh Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob dan Pengerusi BHMFB Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Husain.

Hadir sama, Timbalan CEO Kumpulan QSB Rudy Jaglul dan Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah Christina Monis @ Marina.

Dr Yusof berkata, ia hari bersejarah buat QSB bila menerima dividen daripada pelaburan di BHMFB sebanyak RM7 juta iaitu dividen pendapatan pada 2024.

“Ia salah satu kegembiraan sebagai sebuah syarikat berkaitan kepada Kerajaan Negeri Sabah dimana pelaburan kita 50 peratus milik QSB dan 50 peratus milik kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini  menerima dividen sebanyak RM7 juta yang mana keuntungan itu dibahagi kepada Qhazanah sebagai sebahagian pendapatan diterima daripada pelaburan anak-anak syarikat.

” Jadi syukur alhamdulillah, inilah hasil positif pelaburan dibuat Qhazanah,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE