Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

GRS cekap tadbir negeri, bukti bantuan pelbagai inisiatif dalam aspek pendidikan – Ellron

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Silar Pinikit

SOOK: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus membuktikan kecekapan dalam mentadbir negeri, melaksanakan pembangunan yang konsisten, serta menyelesaikan isu-isu asas rakyat dengan lebih berkesan.

Ellron (tiga dari kiri) hadir pada majlis itu.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin berkata, ini terbukti dengan pelbagai bantuan dan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri Sabah dalam aspek pendidikan untuk memastikan pembangunan modal insan di negeri ini terus diberi perhatian seiring dengan keperluan semasa.

Katanya, dalam tempoh lebih kurang lima tahun lalu banyak usaha yang diterjemahkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar-pelajar di negeri ini.

Sejak tahun 2021 hingga 2025 sebanyak 14 bantuan berkaitan pendidikan yang telah diperkenalkan, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan banyak lagi” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kampung Biah Skim 1 baru-baru ini.

Pada masa sama Ellron mengharapkan agar warga Kampung Biah Skim 1 terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan di bawah pimpinan GRS, yang sentiasa komited memperjuangkan kepentingan rakyat luar bandar.

“Marilah kita bersama-sama memastikan setiap usaha pembangunan yang dirancang dapat diteruskan demi kemajuan, kesejahteraan, dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang” ujarnya.

Terdahulu Ellron menghadiri program yang sama di Kampung Seri Menanti.

LEAVE A RESPONSE