Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

DAP yakin pertahan kerusi Tanjung Papat

SANDAKAN: DAP Sabah yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat berdasarkan sokongan akar umbi terhadap parti itu.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin, mereka juga sudah mempunyai calon untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Katanya, DAP juga sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) dan akan membuat pengumuman calon pada Sabtu ini.

“Calon sudah ada (untuk DUN Tanjung Papat) dan kita akan umum Sabtu ini.

“Kita yakin boleh pertahan kerusi kerana saya rasa warga Sandakan sendiri boleh buat penilaian terhadap gerak kerja DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Santuni Pekebun Kecil Sawit di Dewan Serbaguna Gum-Gum, hari ini.

Foong Hin berkata, tindakan bekas Pengerusi DAP Sabah yang juga penyandang kerusi DUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming keluar parti tidak sesekali mematahkan semangat akar umbi.

Katanya, beliau ada meninjau Pusat Khidmat Komuniti MADANI di sini dan melihat sambutan terhadap parti itu.

“Kita yakin kemampuan parti dan calon kerana kerusi itu kita menangi sejak 2018,” katanya.

LEAVE A RESPONSE