Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Polis Tahan Lelaki ‘Wanted Person’ Terlibat Jenayah Peras Ugut – Sabah News

TAWAU: Seorang lelaki telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau disyaki terlibat dengan kes peras ugut terhadap orang awam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihak polis telah menerima aduan daripada mangsa mengatakan bahawa beliau telah diugut menerusi panggilan telefon.

“Suspek yang menuduh mangsa mengganggu perniagaannya telah mengugut untuk memancung kepala mangsa. Oleh kerana takut akan ugutan tersebut, mangsa kemudiannya telah memasukkan sejumlah wang bernilai RM3,000 ke dalam sebuah akaun atas penama perniagaan.

“Tidak lama kemudian, suspek turut menghubungi lagi mangsa untuk meminta wang sekitar RM1,500 untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Mangsa yang kemudiannya menyedari telah ditipu tampil di Balai Polis berhampiran untuk membuat membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Atas maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 39 tahun dan dibawa balik ke IPD Tawau bagi membantu siasatan.

Kes kemudiannya disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara yang boleh mencapai sepuluh tahun, atau denda, atau rotan, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Semakan rekod kesalahan lampau mendapati suspek juga pernah disabitkan dengan kesalahan yang sama “Wanted Person” di negeri lain.

LEAVE A RESPONSE