Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

10,1 00 pegawai dan anggota polis digerakkan hadapi PRN Sabah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Seramai 10,100 pegawai dan anggota polis akan digerakkan di seluruh negeri sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, melibatkan 8,900 anggota dari Kontinjen Sabah serta 1,200 anggota tambahan daripada Bukit Aman dan Kontinjen Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata persiapan rapi telah dibuat bagi memastikan perjalanan PRN berjalan lancar dengan tahap kesiapsiagaan keselamatan dan logistik yang terbaik.

“Kita telah membuat persiapan yang cukup rapi untuk memastikan perjalanan PRN ke-17 ini berjalan lancar. Seramai lebih kurang 8,900 pegawai dan anggota akan bertugas, dengan bantuan tambahan daripada Bukit Aman serta Kontinjen Sarawak,” katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis Sabah turut mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pelbagai agensi termasuk pengangkutan dan vendor bagi menyelaras urusan keselamatan serta logistik sepanjang tempoh pilihan raya.

“Insya-Allah kita berharap perjalanan PRN ini berjalan dengan lancar. Kita juga mengambil kira keadaan cuaca kerana dari November hingga awal tahun depan merupakan musim monsun timur laut,” katanya.

Jauteh berkata, pihak polis juga bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam yang mungkin berlaku sepanjang tempoh PRN.

Dalam perkembangan sama, semasa ditanya sekiranya ada keperluan untuk mendapatkan permit untuk berkempen, Jauteh menjelaskan bahawa sebarang pertemuan atau perjumpaan atas kapasiti parti politik tidak memerlukan kebenaran khas daripada pihak berkuasa, selagi ia dijalankan mengikut garis panduan ditetapkan oleh SPR.

“Sekarang ini untuk mengadakan sesuatu perjumpaan atau pertemuan, mereka tidak perlu lagi memohon kebenaran daripada pihak berkuasa. Jadi, perjumpaan yang diadakan itu adalah atas kapasiti parti masing-masing,” katanya.

LEAVE A RESPONSE