Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Warga asing diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia membela diri atas pertuduhan membunuh isterinya tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Jedu Rudu, 45.

Mahkamah menetapkan 31 Mac sebagai tarikh bela diri.

Jedu didakwa membunuh isterinya, Suria Woade, 38, juga warga Indonesia di Pasar Sayur Kepayan, antara jam 1 tengah hari hingga 2.21 petang pada 8 April 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali.

Tertuduh didakwa di mahkamah Majistret pada 18 April 2023.

LEAVE A RESPONSE