Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga sokong kepimpinan tempatan, perkukuh gerak kerja

SANDAKAN: Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sungai Sibuga menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan tempatan dan komited memperkukuh gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mesyuarat bahagian yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Anna Bell Perian di Pusat Gerak Kerja PRN parti itu di sini menegaskan peranan penting wanita dalam perjuangan politik Gagasan Rakyat.

Anna Bell, yang juga Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, berkata sayap wanita bukan sekadar penyokong di belakang, sebaliknya bersedia berdiri di barisan hadapan untuk memastikan kejayaan parti.

“Wanita Gagasan Rakyat akan terus melakar ‘Sang Pelangi Indah’ dengan memastikan perjuangan bersama Datuk Amirshah Yaakub, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, diteruskan dengan jayanya pada PRN ke-17 kali ini.

“Perjuangan ini adalah demi kemakmuran, kesejahteraan dan masa depan rakyat, khususnya di kawasan DUN Sungai Sibuga,” katanya yang juga Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Pusat.

Mesyuarat tersebut turut menandakan kesiapsiagaan awal jentera Wanita Gagasan Rakyat untuk memacu kempen pilihan raya di peringkat akar umbi, menyokong kepimpinan tempatan serta memastikan kemenangan parti dalam PRN akan datang.

Tumpuan utama turut diberikan kepada strategi mendekati rakyat serta memperkukuh penyampaian agenda dan mesej perjuangan parti di peringkat komuniti.

LEAVE A RESPONSE