Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Tun Musa, Hajiji hadir majlis silaturahim hari raya Konsulat Jenderal Republik Indonesia

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu 1446H/2026M di Wisma Indonesia, pada Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Keberangkatan tiba Tun Musa dan Hajiji disambut Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi dan isteri.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan, diiringi dengan persembahan nyanyian, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dengan menghimpunkan pelbagai lapisan tetamu jemputan.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan Timbalannya, Datuk Al Hambra Tun Juhar.

LEAVE A RESPONSE