KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi di sini, pada Jumaat.
Keberangkatan tiba Tun Musa pada jam 6 petang yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag serta Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar.
Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan Leftenen Kolonel, Afif Farhan Hasbullah yang menyentuh mengenai amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan sebelum memimpin bacaan doa berbuka puasa
Selesai berbuka puasa, Tun Musa diiringi Hajiji menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi.
Hadir sama, Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Keramat, Shah Alfie Yahya Ahmad Shah.






