Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Tiga daerah di Sabah diisytihar kawasan bencana banjir

KOTA KINABALU : Tiga daerah di Sabah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam selain paras air sungai berada pada tahap bahaya.

Antara daerah terlibat adalah Kota Marudu; Pitas dan Paitan.

Pengisytiharan itu dibuat masing-masing oleh Pegawai Daerah Kota Marudu, Meirin Sugara; Asdi @ Mohd Faizal Hussin (Pitas) dan Joloning Joe Majambu (Paitan).

Semua pengisytiharan itu dibuat pada jam 6 pagi tadi menerusi satu kenyataan di sini.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Kota Marudu,Pitas dan Paitan,” menurut kenyataan itu di sini pada Jumaat. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE