Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

THP Sabaco serah zakat lebih RM1 juta kepada MUIS


Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: THP Sabaco Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,023,836 bagi tahun kewangan 2024 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Majlis penyerahan zakat itu diserahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah THP Sabaco Sdn Bhd, Kasmuri Sukardi yang mewakili anak syarikat TH Plantations Sdn Bhd kepada Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar bagi pihak MUIS yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Pada majlis sama, MUIS turut menyerahkan wakalah zakat perniagaan berjumlah RM127,980 kepada THP Sabaco Sdn Bhd untuk diagihkan kepada asnaf dalam kalangan 1,075 kakitangan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Kasmuri berkata, THP Sabaco Sdn Bhd kini giat melaksanakan pendidikan kemasyarakatan menerusi Program Celik Al-Quran dalam kalangan pekerja ladang milik syarikat itu di seluruh Sabah sebagai sebahagian daripada komitmen pembangunan insan.

Kasmuri berkata, menerusi program selama 30 jam itu peserta diyakini mampu menguasai asas bacaan dan penulisan Al-Quran selepas tamat latihan.  

 “Kami melaksanakan program ini bermula di Lahad Datu dan kini melibatkan semua ladang THP Sabaco Sdn Bhd. Insya-Allah selepas menyertai program 30 jam ini mereka boleh menulis dan membaca Al-Quran.

“Bagi menjayakan program tersebut, kami mendapat sokongan daripada Yayasan Institut Pengajian Al-Quran (Y-IPaQ), Pejabat Mufti Negeri Sabah dan MUIS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Sdn Bhd, Datuk Ts. Borhan Bachi, Setiausaha MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali dan Ahli Lembaga Pengarah THP Sabaco Sdn Bhd, Irwan Ayub.

LEAVE A RESPONSE