Read Time:1 Minute, 23 Second
Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Sebuah syarikat dan pengarahnya didenda jumlah RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan berasingan menjual pulse oximeter yang tidak diperakui.
Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman denda tersebut selepas pengarah syarikat, Tan Hee Lian, 49, mengaku bersalah bagi pihak syarikat dan juga terhadap pertuduhan beliau sendiri.
Tan didenda RM1,000, atau satu penjara jika gagal membayar, kerana menjual merupakan kelengkapan komunikasi iaitu satu unit ‘pulse oximeter’ yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di Kreino Sdn Bhd di Jalan Damai pada 14 Jun 2023.
Manakala Syarikat terbabit didenda RM5,000 atas kesalahan serupa pada masa dan tempat yang sama.
Tan dan syarikatnya melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia yang boleh dihukum di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan yang sama.
Hukuman yang diperuntukkan adalah denda tidak melebihi ialah RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Dalam rayuannya, Tan yang tidak diwakili peguam memohon agar jumlah denda dikurangkan kerana beliau hanya mampu membayar RM5,000 dan mempunyai anak yang masih kecil.
Tan mendakwa tidak mengetahui bahawa pulse oximeter memerlukan kelulusan SIRIM untuk dijual dan memaklumkan bahawa ia dibeli dari China semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau turut menegaskan bahawa kini beliau tidak lagi menjual alat tersebut.
Pihak pendakwaan pula memohon hukuman yang setimpal dikenakan kerana menjual produk yang tidak disahkan boleh membahayakan pengguna.
Pendakwaan juga memohon mahkamah mengambil kira pindaan undang-undang yang berkuat kuasa sejak Julai 2022 sebelum menjatuhkan hukuman.
Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Mohamad Azmir Mohd Razali.






