Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Syarikat didenda RM3,000 jual produk tidak berdaftar

KOTA KINABALU: Dua cawangan farmasi milik sebuah syarikat didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menjual produk tidak berdaftar.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman denda itu selepas wakil bagi setiap cawangan Syarikat ALPRO Alliance (Sabah) Sdn. Bhd. mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Bagi kes pertama, syarikat itu didapati menjual satu keluaran yang tidak berdaftar, iaitu produk Triticum Aestivum Wheatgrass (30 sachets) 3g sebanyak satu kotak pada 26 Julai 2023 kira-kira jam 11 pagi di cawangan Taman Che Mei Shophouse, Jalan Penampang.

Bagi kes kedua, syarikat berkenaan didapati menjual produk yang sama pada hari yang sama di cawangan One Place Mall @ Putatan Square, Putatan.

Syarikat tersebut telah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.

Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut ialah denda tidak melebihi RM50,000, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi RM100,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengenakan denda RM1,500 bagi setiap pertuduhan.

LEAVE A RESPONSE