Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Struktur Kabinet Sabah diperkasa, lima kementerian ditukar nama


KOTA KINABALU :  Kerajaan Sabah memutuskan untuk membuat perubahan ke atas nama beberapa buah Kementerian termasuk perubahan  dan penambahan fungsi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perubahan ini adalah bagi memastikan Kementerian terlibat dapat melaksanakan peranan dengan lebih berkesan dan meliputi semua aspek penting.

“Antara Kementerian yang terlibat adalah Kementerian Kerja Raya Sabah yang diubah kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti; Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat diubah kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Turut diubah adalah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan yang diubah nama kepada Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diubah kepada Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Kerajaan turut mengambil Keputusan untuk mengubah nama Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Jumaat.- SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

LEAVE A RESPONSE