Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

STB perkukuh kerjasama awam-swasta pacu pelancongan Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) komited memperkukuh kerjasama awam-swasta bagi merangsang pertumbuhan pelancongan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai  berkata, pendekatan berteraskan kolaborasi itu menekankan peranan sektor swasta sebagai pemacu utama aktiviti promosi dan penjualan produk, manakala STB berfungsi menyediakan rangka strategik, sokongan teknikal dan akses pasaran.

Menurutnya, penglibatan aktif pengusaha pelancongan dalam ekspo domestik perlu dipertingkatkan bagi memperluas capaian pasaran tempatan, sementara di peringkat antarabangsa, usaha akan ditumpukan kepada pemerkasaan ejen pelancongan sebagai saluran utama tempahan dan pemasaran.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama pengurusan tertinggi dan ketua unit STB yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit.

Dalam pada itu, Joniston menegaskan kepentingan memperhebat promosi perayaan ikonik negeri seperti Pesta Kaamatan yang berlangsung selama sebulan, selain perayaan unik lain, sebagai tarikan bermusim yang mampu meningkatkan ketibaan pelawat dan tempoh penginapan.

“Promosi perayaan perlu diintegrasikan secara menyeluruh dalam platform ekspo, disokong pembentukan pakej berasaskan perayaan bersama pengusaha dan ejen perjalanan, serta diperkaya dengan aktiviti bandar dan persembahan budaya,” katanya.

Beliau turut menekankan kerjasama strategik dengan (DBKK) bagi memposisikan Kota Kinabalu sebagai destinasi bandar utama dan pintu masuk pelancongan Sabah, menerusi pengoptimuman acara, tarikan bandar dan jaringan industri.

Tambahnya, langkah bersepadu itu selari dengan kempen dan persiapan ke arah , sekali gus menuntut penglibatan konsisten semua rakan industri dan agensi berkepentingan bagi memastikan impak pelancongan yang berpanjangan.

LEAVE A RESPONSE