Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

STAR Nabawan kekal sokong GRS

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh SILAR PINIKIT

NABAWAN: Pemimpin dan ahli ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Nabawan mengesahkan sokongan rasmi mereka kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) N.46 Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.

Mereka menzahirkan sokongan itu dengan menghadiri penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah bagi kawasan Nabawan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan di sini hari ini.

Pemimpin dan ahli STAR Nabawan yang menyokong calon GRS N.46 Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin berarak ke kawasan Penamaan calon.

Naib 1 STAR Bahagian Nabawan, Apandy Angindi, berkata sokongan mereka terhadap calon GRS adalah berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) Komponen Gabungan Rakyat, yang melibatkan lapan parti komponen iaitu Gagasan Rakyat, PBS, USNO, PHRS, LDP, PCS, SAPP dan STAR.

“Kami kekal menyokong GRS dan calon GRS, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, kerana beliau berpegang teguh kepada MoU asal,” kata beliau ketika ditemui.

Beliau menegaskan, ahli STAR yang hadir tidak mengisytiharkan keluar parti, tetapi tetap menyokong GRS.

“Terserahlah kepada pucuk pimpinan STAR apa tindakan yang akan diambil terhadap kami,” tambahnya.

Abdul Ghani bersalaman dengan penyokong-penyokong GRS yang hadir memberi sokongan pada penamaan calon.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian STAR Nabawan, Antan Anginsor, sependapat dengan Apandy bahawa sokongan mereka terhadap GRS adalah konsisten kerana STAR telah lama bekerjasama dengan GRS.

Namun, beliau menegaskan, tindakan Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan, keluar daripada GRS pada saat-saat akhir adalah sesuatu yang mendatangkan kejutan dan mengelirukan pemimpin serta penyokong setia parti.

Terdahulu, seramai 100 ahli STAR Nabawan hadir dan berarak menyokong calon GRS N.46 Nabawan, disertai lebih 1,000 penyokong GRS yang berkumpul di sekitar pusat penamaan calon.

Terdahulu seramai 100 orang ahli STAR Nabawan hadir dan berarak menyokong calon GRS N.46 Nabawan bersama dengan lebih 1,000 penyokong GRS yang berkumpul di sekitar pusat penamaan calon.

Kumpulan STAR Nabawan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian STAR Nabawan, Ami Talu, manakala Ketua Wanita STAR, Agata Michael, serta barisan kepimpinan Bahagian, Wanita dan Pemuda turut hadir bagi menunjukkan sokongan mereka.

LEAVE A RESPONSE