Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SSA raih tempat ketiga dalam kejohanan menembak antarabangsa

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah Shooting Association (SSA) mencuri tumpuan apabila berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan kategori Production dalam kejohanan menembak antarabangsa, memecahkan dominasi pasukan khas agensi keselamatan.

Kejohanan International Practical Shooting Confederation (IPSC) 21 Grup Gerak Khas (GGK) Open Level 2 itu berlangsung di Lapang Sasar Tempur 21 GGK, Sungai Udang, Melaka dari 11 hingga 14 Disember.

Seramai 496 peserta daripada seluruh negara bertanding dalam 18 stage yang mencabar.

Ketua pasukan, Jeson Yong berkata kejayaan ini meletakkan pasukan dari Sabah berdiri sebaris dengan penembak elit dari pasukan-pasukan Khas seperti GGK, Unit Tindakan Khas (UTK), VAT 69 Komando, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan lain-lain.

“Kami berasa amat teruja kerana bukan mudah untuk sebuah kelab menembak swasta memecahkan dominasi pasukan khas agensi keselamatan dalam acara IPSC.

“Namun, disebalik kejayaan ini pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh kami bermula dengan latihan persediaan untuk menyertai pertandingan termasuk kos-kos yang perlu ditanggung oleh peserta sendiri,” katanya.

Pasukan menembak SSA disertai oleh Jeson bersama Carlson Cassey Alipin, Azlin Mohi dan Donny Martin Nyambar.

SSA raih tempat ketiga

LEAVE A RESPONSE