Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SLS gesa Kerajaan Persekutuan tidak fail rayuan terhadap keputusan 40 peratus hasil Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah Law Society (SLS) menggesa Kerajaan Persekutuan agar tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu hak 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari negeri Sabah.

Bekas Presidennya, Datuk Roger Chin, berkata sebarang langkah untuk mencabar keputusan berkenaan akan mencemari keikhlasan dan semangat kerjasama yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Walaupun menjadi hak Kerajaan Persekutuan untuk memfailkan rayuan, tindakan sedemikian akan menjejaskan keikhlasan, terutama apabila kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk kerajaan kini telah berulang kali berjanji untuk menghormati MA63 namun masih gagal menyelesaikan isu hak 40 peratus ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chin berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu mengiktiraf semula hak perlembagaan Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan yang berpunca daripada negeri berkenaan dan memulihkan keadilan yang sekian lama dinafikan kepada rakyat Sabah.

“Kini, selepas mahkamah membuat keputusan yang jelas, Kerajaan Persekutuan wajar menghormati proses kehakiman, menerima keputusan itu dan mematuhinya,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa keputusan mahkamah itu bukan kemenangan menentang Persekutuan, sebaliknya kemenangan untuk Persekutuan, yang membuktikan bahawa Malaysia menghormati janji-janji asal pembentukannya dan bahawa perpaduan sebenar dibina atas dasar hormat, bukan pengabaian.

“Hari ini, keadilan telah ditegakkan menghormati keputusan ini bukan sekadar tentang Sabah, tetapi tentang memperkukuh Malaysia itu sendiri,” katanya.

LEAVE A RESPONSE