Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Sistem utiliti, kemudahan asas diperkukuh bagi kesejahteraan rakyat – Joachim

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh sistem utiliti dan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, terutamanya di kawasan bandar dan sekitarnya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, berkata kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada penambahbaikan bekalan utiliti serta penyelenggaraan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri sentiasa peka terhadap keperluan menambah baik bekalan utiliti dan infrastruktur agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian itu ketika menerima kunjungan hormat kepimpinan tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) yang diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Yong Wui Chung, di sini semalam.

Dr Joachim yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti berkata, pertemuan itu menjadi medan pertukaran pandangan dan perbincangan isu semasa berkaitan pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur, khususnya sistem utiliti dan kemudahan asas di Kota Kinabalu.

Sebagai Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), beliau turut menghargai maklum balas dan cadangan yang dikemukakan kepimpinan LDP, selaras dengan semangat kerjasama strategik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Rombongan LDP juga menyampaikan jemputan rasmi kepada Dr Joachim untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran parti itu yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan konstruktif, mencerminkan komitmen bersama kepimpinan politik negeri dalam memastikan agenda pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkasa.

LEAVE A RESPONSE