Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Shahelmey umum letak jawatan Presiden SAFA

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Ir Shahelmey Yahya mengumumkan akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Beliau berkata, surat rasmi peletakan jawatan tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung SAFA pada minggu lalu sebagai mematuhi tatacara dan perlembagaan persatuan.

“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 dan surat rasmi telah saya serahkan kepada Setiausaha Agung SAFA minggu lepas,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan.

Katanta, ini termasuklah urusan pentadbiran dan hala tuju kepimpinan persatuan selepas tarikh kuat kuasa peletakan jawatan tersebut.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan beliau dalam kepimpinan bola sepak negeri, selain membuka ruang kepada perbincangan mengenai peralihan kepimpinan SAFA pada masa akan datang.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi berhubung pengganti atau mekanisme pelantikan kepimpinan baharu SAFA. – SABAH MEDIA 

LEAVE A RESPONSE