Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Sesi persekolahan kembali ke Januari mulai 2026

KUALA LUMPUR: Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri kumpulan A melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala 12 Januari hingga 31 Disember bagi negeri kumpulan B iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. 

Katanya, ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.

“Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi.

LEAVE A RESPONSE