Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Seorang Anggota Bomba Dilaporkan Cedera Ketika Operasi Pemadaman Kebakaran Babit 7 Buah Rumah Di Kinabatangan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KINABATANGAN, – Tujuh buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan Bukit Garam di sini, malam tadi, manakala seorang anggota bomba dilaporkan cedera ketika operasi pemadaman dijalankan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 10.08 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba pada jam 10.21 malam dan mendapati kebakaran melibatkan tujuh rumah, dengan enam daripadanya terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kemusnahan kira-kira 20 peratus. Turut musnah sepenuhnya sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Komander Operasi, PBK I Mohamud Punya berkata kebakaran melibatkan rumah satu dan dua tingkat dengan anggaran keluasan antara 20×50 hingga 80×60 kaki bagi setiap unit.

Menurutnya Operasi pemadaman yang  dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan empat pancutan air yang diperoleh daripada jentera serta pili bomba berhampiran serta  turut menggunakan pam angkut dengan sumber air terbuka dari sungai berdekatan bagi memastikan api dapat dikawal.

Kebakaran kemudiannya  berjaya dikawal pada jam 11.20 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.40 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi.

Jelas Mohamud lagi, Seramai 17 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan satu jentera CFRT, satu FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Electricity serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu operasi.

Pasukan bomba turut berjaya menyelamatkan 10 buah rumah berhampiran daripada terbakar. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

LEAVE A RESPONSE