Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

SBC Corporation Berhad, Jesselton Quay Properties Ucap Tahniah Kepada Hajiji Noor Atas Pelantikan Semula Sebagai Ketua Menteri Sabah


KOTA KINABALU – SBC Corporation Berhad bersama anak syarikatnya, Jesselton Quay Properties Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor atas pemilihan semula beliau sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua.

Dalam satu kenyataan, kedua-dua syarikat tersebut menyifatkan kemenangan itu sebagai manifestasi jelas kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Hajiji Noor dalam menerajui Sabah ke arah pembangunan yang lebih progresif, mampan dan seimbang.

Menurut kenyataan itu, kejayaan tersebut turut membuktikan sokongan padu rakyat terhadap agenda pembangunan negeri di bawah dasar “Sabah Maju Jaya” (SMJ) yang menjadi teras kepada perancangan sosioekonomi Sabah.

“SBC Corporation Berhad dan Jesselton Quay Properties Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor atas pelantikan semula sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua. Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan YAB dalam merealisasikan aspirasi SMJ,” menurut kenyataan itu.

 

Kedua-dua syarikat turut menzahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah akan terus mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan, khususnya dalam sektor pembangunan bandar, ekonomi, pelaburan serta kesejahteraan rakyat.

Mereka juga berharap agar YAB Ketua Menteri terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk memacu kemajuan dan kemakmuran Sabah demi generasi masa depan.

LEAVE A RESPONSE