Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Saksi dedah kawan Zara pernah pulau dan fitnah Zara

Read Time:2 Minute, 26 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang saksi memberitahu mahkamah bahawa dia pernah membuat aduan kepada guru asrama bahawa kawan Allayarhamah Zara Qairina Mahathir pernah memulau dan memfitnah Zara kononnya mencuri kad bank.

Saksi, Kanak Kanak ke-34, yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, juga menyatakan pernah diajak oleh kawan Zara untuk memulau Zara.

Mengenai tuduhan mencuri, saksi menegaskan bahawa tuduhan ini tidak betul.

“Barang pelajar junior tersebut yang disyaki hilang sudah dijumpai oleh pelajar junior yang lain di bilik shower sudah dikembalikan kepada pelajar junior tersebut, tetapi duit sebanyak RM300 di dalam dompet tersebut sudah hilang,” kata peguam ibu Zara, Shahlan Jufri.

Menurut Shahlan, saksi mengenali Zara kerana saksi kerap mengunjungi dorm Zara untuk berjumpa rakan sekolah rendahnya, seorang pelajar junior.

Dalam keterangannya, saksi menceritakan satu kejadian pada Mei 2025 di mana Zara berjumpa beberapa pelajar senior di Blok B berkaitan buku komik yang ditulis Zara. Dalam pertemuan itu, salah seorang pelajar junior juga dipanggil kerana dikatakan ada menulis mengenai body shaming seorang pelajar senior.

Pada masa yang sama, seorang pelajar senior lain datang ke bilik tersebut dan keadaan menjadi lebih tegang. Saksi dan seorang pelajar junior yang dikatakan tadi bersama dengan Zara duduk di atas lantai, dan pelajar senior ada mengatakan, “kalau aku touch touch kau ni.”

Saksi berasa takut, manakala pelajar junior itu bersama Zara hampir menangis. Saksi menyaksikan sendiri kejadian itu.

Menurut Shahlan, pada malam 15 Julai, saksi diberitahu oleh rakannya bahawa Zara dipanggil oleh pelajar pelajar senior ke bilik dorm kerana kehilangan dompet seorang pelajar junior lain.

“Pada ketika itu, saksi melihat sendiri dan mengesahkan Zara dikepung oleh pelajar-pelajar senior lain di bilik dorm itu dan Zara berada di hujung bilik dekat katil dan Zara menangis kerana dimarahi dan dimaki oleh pelajar-pelajar senior.

“Saksi juga ada mendengar pelajar senior berkata kepada Zara “begini ka mahu jadi badar tapi mencuri?” dan semasa Zara keluar dari bilik tersebut seorang pelajar senior lain ada berkata kepada Zara ”awas kau ah Zara kalau aku ada dengar cerita pasal kau lagi”,” kata Shahlan.

Saksi juga berkata dia ada melihat Zara balik ke bilik dormnya dan masa itu Zara menangis dekat bawah katil dan Zara berkata ”aku nda mencuri bah sial”.

“Saksi turut mengesahkan dia melihat seorang pelajar junior ahli dorm Zara menjerit dengan kuat di koridor dorm Zara dengan menyebut “Itulah mencuri lagi, pukimak anjing.” Pelajar junior ini yang dikatakan kehilangan dompet pada hari tersebut. Menurut saksi, jeritan pelajar tersebut sangat kuat.” katanya.

Selepas 16 Julai, saksi juga mengatakan dia sudah tidak duduk di bilik dorm dia dan berpindah ke bilik dorm yang lain kerana tidak sefahaman dengan pelajar senior di bilik dorm asalnya kerana pelajar senior pernah berkata kepada saksi “kau ni kenapa, kau mau jadi macam zara juga?” dan “kalau aku hampas-hampas kepala kau di katil ni”.

Peguam Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser, dan Elhanan James turut mewakili ibu Zara.

LEAVE A RESPONSE