Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Ibu kepada pelajar A, salah seorang daripada lima pelajar yang berdepan pertuduhan mencela Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau pernah diganggu oleh ibu Zara melalui aplikasi WhatsApp.
Saksi berusia 42 tahun itu berkata, gangguan tersebut berlaku apabila ibu Zara, Noraidah Lamat, memarahinya kerana membenarkan pelajar A bercakap benar kepada pihak polis.
“Ibu Zara pernah mengganggu saya dengan menghantar WhatsApp memarahi saya kerana membenarkan pelajar A bercakap benar kepada polis.
“Ibu Zara menyuruh kami membuat penafian terhadap kenyataan pelajar A sebelum ini kepada polis dan beliau menyuruh saya menghubungi pegawai tersebut,” katanya ketika membacakan kenyataan saksinya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Menurut saksi beliau telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat dan Ustaz Azhari berkenaan gangguan tersebut.
Tambahnya lagi satu laporan polis telah dibuat untuk menggesa siasatan dijalankan terhadap ibu Zara.
BERITA LANJUT MENYUSUL…






