Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SAGA XI: Khalil dan Maryjane berjaya cipta rekod baharu

Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU : Dua atlet berjaya memecahkan rekod kejohanan masing-masing dalam acara 400 meter lelaki dan rejam lembing wanita pada Sukan Sabah (SAGA) XI 2025 di Kompleks Sukan Tawau, di sini pada Khamis.

Atlet Kuala Penyu, Muhammad Khalil Helmi mengekalkan keunggulannya dalam acara 400 meter lelaki apabila bukan sahaja meraih pingat emas, malah berjaya memecahkan rekod SAGA 2023 miliknya sendiri dengan catatan masa 47.98 saat, berbanding 48.70 saat sebelum ini.

Pingat perak dimenangi atlet Kota Marudu, Ethannie Mojutan dengan catatan 49.00 saat manakala wakil Kota Kinabalu, Ady Putra Aqasha Norahimiee membawa pulang gangsa selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 49.42 saat.

Sementara itu, Maryjane Juberin dari Keningau turut mencipta sejarah baharu apabila menjuarai acara rejam lembing wanita dengan jarak 38.62 meter, mengatasi rekod terdahulu 37.12 meter.

Maryjane (tengah) catat rekod baru dalam acara rejam lembing dengan catatan masa 38.62 meter.

Keningau terus mengukuhkan kedudukan apabila Victer Ben Salleh @ Bindik menghadiahkan satu lagi pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki dengan catatan 13.42 meter.

Dalam pada itu, Ranau mendominasi acara 1,500 meter lelaki dan wanita menerusi kehebatan dua atletnya, Ray Juari dan Ledia Engku, yang masing-masing membawa pulang pingat emas.

Bagi acara 400 meter wanita, emas menjadi milik atlet Kinabatangan, Valdame Orow, manakala Putatan berjaya mendapat pingat emasnya menerusi acara lompat kijang apabila Rico Andrew menewaskan pencabar terdekatnya, Mark Paladius dari Tambunan yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

LEAVE A RESPONSE