Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SAGA XI: Darwisy, Nick Noveen buktikan kehebatan

Read Time:1 Minute, 24 Second

TAWAU: Mohamad Darwisy Syah Mohd Iskandar dan Nick Noveen Norbert muncul antara atlet cemerlang pada hari ketiga acara taekwondo sempena Sukan Sabah (SAGA) XI 2025 yang berlangsung di Dewan Tun Mustapha, MRSM Tawau.

Mohamad Darwisy, yang mewakili daerah Tuaran dan pertama kali menyertai SAGA, berjaya meraih pingat emas dalam kategori Male Open Light 68.1kg – 74.0kg selepas menewaskan wakil Kota Belud, Muhammad Fitri Iqbal Khalaf, dengan kiraan mata 10-13, 10-7, 13-10.

Pingat gangsa bagi kategori sama dikongsi oleh atlet dari Penampang, Azzery Fickly Ambrose Cannon, dan wakil Putatan, Mohammad Daniyal.

Sementara itu, atlet Lahad Datu, Nick Noveen Norbert, turut mengungguli kategori Men Open Welter 74.1kg – 80.0kg selepas menewaskan wakil Tambunan, Alexander Zachary Harry, untuk meraih pingat emas.

Tempat ketiga pula dikongsi bersama oleh Jeshaiah Jade Gordon Mani (Tambunan) dan Nur Iqbal Al Hazique Mohamad (Putatan), yang masing-masing membawa pulang pingat gangsa.

Nick Noveen (tengah) menang kategori
Men Open Welter 74.1kg – 80.0kg.

Dalam kategori Female Open Welter 62.1kg – 67.0kg, emas menjadi milik Nur Ain Izati Mohamad Amin, manakala Beatrice James dari Kota Kinabalu meraih perak. Nurazdianah Samsudi (Ranau) dan Joanna William (Tuaran) masing-masing membawa pulang pingat gangsa.

Menurut Ketua Delegat Teknikal Taekwondo, Mhd Zaini Ucop menjelaskan acara Taekwondo pertama kali dipertandingkan kali terakhir pada 2017 kerana SUKMA tidak mempertandingkan acara tersebut.

Beliau menjelaskan sebanyak 56 pingat ditawarkan dalam acara taekwondo ini dengan penyertaan 23 pasukan dari seluruh daerah dan lapan kategori dipertandingkan.

“Saya berharap melalui SAGA ini kita dapat mencari atlet yang berpotensi dan gunakan bakat sepenuhnya untuk terutama dalam SUKMA.

Acara taekwondo SAGA XI dijadual berakhir pada 16 Oktober ini di Dewan Tun Mustapha, MRSM Tawau.

LEAVE A RESPONSE