Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

SAGA XI : Asnirul, Nuremilda ungguli acara single boling padang

TAWAU : Atlet Beluran, Asnirul Arispadillah dan atlet Papar, Nuremilda Jazeemi Jali membawa pulang pingat emas masing-masing bagi acara boling padang kategori perseorangan lelaki dan wanita di sini pada Isnin.

Asnirul menewaskan atlet Papar, Muhammad Haikal Affandy Jeffrey dengan pungutan mata 21-12 manakala atlet Nabawan, Adilah Justine terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas kepada Nuremilda 17-15.

Gangsa bersama kategori lelaki perseorangan dimenangi oleh atlet Kota Kinabalu, Mohammad Syameel Ruamin dan atlet Nabawan, Elldy Maxcanzie Zosmi manakala bagi kategori wanita atlet Keningau dan Tawau, Alleysha Natalia Aelis dan Putri Natalia Natasha Sabri berkongsi ditempat ketiga.

Nuremilda (dua dari kiri) merangkul pingat emas bagi kategori perseorangan wanita.

Sementara itu, kontinjen Kota Kinabalu tewas kepada kontinjen Tawau 11-13 bagi kategori Fours Wanita manakala gangsa bersama dikongsi oleh kontinjen Tuaran dan Ranau.

Bagi kategori Fours lelaki, kontinjen Kota Kinabalu berjaya merangkul pingat emas selepas menewaskan kontinjen Beaufort 9-7 sementara Beluran dan Ranau berkongsi pingat gangsa.

Acara boling padang diteruskan pada hari keempat bagi kategori Pairs serta Triple dan peringkat akhir dijadual akan berlangsung pada Jumaat ini.-

LEAVE A RESPONSE