Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Sabah tetap inklusif, semua kaum diwakili walaupun tiada menteri Cina – Masidi


Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Ketiadaan wakil etnik Cina dalam Kabinet Sabah baharu tidak menjejaskan prinsip inklusiviti kerajaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata keputusan pilihan raya menyebabkan tiada pemimpin Cina, khususnya daripada DAP, berjaya dipilih, sekali gus menyukarkan pembentukan Kabinet yang mempunyai wakil etnik berkenaan.

“Ini bukan keadaan yang kita inginkan, tetapi Sabah terkenal sebagai negeri yang terbuka dan inklusif. Walaupun seorang menteri bukan Cina, tugas dan tanggungjawabnya tetap merangkumi semua kaum,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Masidi menegaskan kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kepentingan semua rakyat tanpa mengira latar belakang etnik atau parti politik.

Beliau turut mengulas isu sokongan politik selepas pilihan raya, menegaskan semua wakil rakyat perlu memahami bahawa tanggungjawab utama mereka ialah memastikan Sabah stabil dan terus membangun.

“Jika kita terlalu banyak berpolitik, fokus kepada membangunkan negeri akan terabai. Kita dipilih untuk berkhidmat, bukan untuk terus berpolitik,” katanya.

LEAVE A RESPONSE