Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Sabah sasar 30,000 pelajar IPT terima bantuan SENTOSA

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menganggarkan seramai 30,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini akan menerima manfaat daripada Inisiatif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan itu diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban kewangan mahasiswa Sabah yang menuntut di dalam negeri.

Menurutnya, bantuan tersebut bukan sahaja menyokong keperluan asas pelajar, malah membantu mereka menampung kos perjalanan pulang ke kampung halaman, khususnya ketika musim perayaan.

“Bantuan ini diharap dapat membantu mahasiswa Sabah memberi tumpuan kepada pengajian tanpa terlalu memikirkan beban kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif SENTOSA 2026 di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu di sini pada Khamis.

Pada majlis berkenaan, seramai 3,366 pelajar Sabah yang menuntut di politeknik tersebut menerima bantuan SENTOSA secara tunai.

Hajiji turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus komited memperkukuh pembangunan pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang demi masa depan Sabah.

Menurutnya, langkah itu selari dengan pelaksanaan pelan pembangunan negeri Sabah Maju Jaya 2.0 yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan bagi meningkatkan daya saing negeri.

“Pelajar adalah pemimpin pelapis masa depan. Gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan kemahiran demi memajukan diri, keluarga serta negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE