Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Sabah Meriah Sambut Pelancong Sempena Pesta Kaamatan – Sabah News

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Tourism Malaysia Sabah mengadakan acara khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk menyambut ketibaan pelancong dengan persembahan budaya tempatan.

Seramai 5,863 pelancong termasuk 930 dari luar negara tiba melalui 27 penerbangan dari Seoul, Taipei, Singapura, Shenzhen, Hong Kong dan pelbagai destinasi dalam negara.

Mereka disambut meriah dengan tarian tradisional Magunatip, persembahan etnik KadazanDusun, dan jamuan kuih-muih tradisi seperti tapai.

Majlis turut diserikan dengan paluan gong oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, serta upacara menampi padi sebagai simbol semangat Kaamatan.

Pesta Kaamatan yang diraikan setiap Mei merupakan penghormatan kepada semangat padi “Bambaazon”, lambang kesyukuran dan perpaduan masyarakat pribumi Sabah.

Usaha ini sejajar dengan matlamat Tourism Malaysia dalam memacu pelancongan budaya menjelang VM2026.

Malaysia mencatat prestasi kukuh dalam sektor pelancongan dengan 38 juta ketibaan antarabangsa pada 2024 iaitu peningkatan 31.1 peratus berbanding 2023 dan melepasi paras pra-pandemik.

Empat bulan pertama 2025 menyaksikan 13.4 juta ketibaan, naik 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

LEAVE A RESPONSE