Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sabah Bukan Alat untuk Selesai Krisis Negara Lain – Azrul Bantah Tuntutan Filipina – Sabah News

KOTA KINABALU: Sabah bukan komoditi untuk menyelesaikan masalah negara lain, tegas Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Azrul Ibrahim ketika membantah keras kenyataan seorang senator Filipina yang menggesa agar tuntutan ke atas Sabah dihidupkan semula.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pemuda Gagasan Rakyat Sabah mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Robin Padilla yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab serta bercanggah dengan prinsip kedaulatan dan undang-undang antarabangsa.

Azrul menegaskan bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia yang sah dan kedudukannya tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau, cubaan mengaitkan isu tuntutan Sabah dengan sumber minyak dan tenaga sebagai alasan untuk menghidupkan semula tuntutan lama adalah tidak berasas, malah dilihat sebagai usaha mengalih perhatian daripada krisis dalaman negara berkenaan.

Sabah bukan komoditi untuk menyelesaikan masalah negara lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri menggesa Kementerian Luar Negeri Malaysia supaya mengemukakan bantahan rasmi terhadap kenyataan tersebut, manakala Kerajaan Persekutuan diminta terus memantau perkembangan isu berkenaan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Dalam masa sama, rakyat Sabah turut diseru agar kekal tenang, bersatu dan tidak terpengaruh dengan kenyataan luar yang berpotensi menimbulkan kekeliruan.

Azrul menegaskan, Pemuda Gagasan Rakyat akan terus berdiri teguh mempertahankan kedaulatan Sabah daripada sebarang tuntutan luar.

LEAVE A RESPONSE