Read Time:2 Minute, 5 Second
Oleh Rhea Dharmin
BEAUFORT: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam tekad mahu mewujudkan Lumadan Agro Hub sekiranya diberi mandat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).
Katanya, menerusi program terbabitz beliau akan mewujudkan sebuah pusat untuk menghimpunkan semua usahawan desa, pasar tani dan kampung
Mengulas lanjut, katanya beliau melihat pertanian agroponik mempunyai potensi besar dan lebih mudah diuruskan.

“Pertama, saya telah melihat beberapa orang pengusaha (pertanian agroponik) yang berjaya. Malah saya melihat (tanpa) kawasan yang tidak mempunyai tanah luas boleh mengusahakan pertanian agroponik ini.
“Kedua, ia sangat mudah untuk diurus dan juga cepat untuk mendapatkan hasil daripada tanaman tersebut.
“Kalau ia diurus dengan baik, ada pemasaran, pengangkutan, kita yakin masyarakat kita akan berusaha lebih kuat. Saya ingat dalam sebuah kampung itu, kalau ada 10 orang pengusaha .. kita ada 84 kampung, maknanya hari-hari kita beli dan kutip sayur-makanan.
“Paling penting harus ada bimbingan dan mereka mempunyai pengalaman. Selain mendapat sedikit suntikan semangat, mereka juga dapat didedahkan daripada segi teknik untuk penanaman hidroponik,” katanya.
Menurutnya, beliau juga bercadang untuk meneliti dan mencari beberapa kawasan tanah terbiar untuk diusahakan oleh penduduk disini.
“Contohnya, di daerah Beaufort ini adalah satu daerah yang mengeluarkan sagu. Tapi hari ini pokok rumbia semakin hari semakin pupus.
“Jadi, selaku pemimpin kita perlu ada wawasan untuk menanam semula pokok rumbia ini supaya ia tidak pupus. Hasil daripada rumbia sudah begitu tinggi dimana harganya boleh sehingga mencecah RM120 untuk 50 kilogram (KG).
“Maknanya, sebatang pokok rumbia boleh menghasilkan enam hingga lapan karung sagu. Jadi ini boleh menghasilkan dalam RM5 hingga RM600 sebatang pokok rumbia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Ramah Mesra Bersama Calin GRS No 4 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Beaufort Selatan, di sini, semalam.
Disamping itu, beliau juga berkata daerah ini mempunyai potensi besar dalam bidang penternakan khususnya kerbau dan juga udang.
“Perikanan hari ini kalau kita mengharapkan hasil di laut memang berkurangan. Tapi apa yang saya mahu tekankan, kita akan bawa manfaatkan kawasan tanah subur yang sesuai untuk membina kolam udang, contohnya di Bintuka.
“Hari ini pengusaha kita sudah pun menuai udang dua hingga tiga kali menuai udang. Sekali menuai (boleh memperolehi) hingga 10 tan. Satu tan satu kilo harganya RM25.
“Begitu juga tanah terbiar dimana banyak padang ragut yang terbiar begitu saja. Kita melihat potensi pemeliharaan kerbau yang semakin berkurangan. Harga kerbau hari ini mencecah RM7,000 hingga RM8,000 seekor,” katanya. – SABAH MEDIA






