Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Rujuk info kesihatan dari sumber tepat – JKNS

Read Time:1 Minute, 3 Second

KENINGAU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan kononnya terdapat amaran peningkatan kes Tuberkulosis (TB) yang membimbangkan di daerah Sook dan Keningau menerusi satu infografik yang tular di media sosial.

JKNS menerusi satu kenyataan memaklumkan, infografik berkenaan turut menyatakan nasihat agar orang awam memakai pelitup separa muka apabila berada di kawasan tumpuan awam. 

“JKNS menerusi Hospital Keningau dengan ini menafikan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan secara rasmi oleh Hospital Keningau. Maklumat yang sedang tersebar itu adalah bukan kenyataan rasmi daripada pihak hospital mahupun warga kerja hospital.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat kesihatan yang tidak tepat,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi, penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. 

Justeru itu, orang awam disarankan untuk sentiasa merujuk kepada sumber maklumat yang sahih dan rasmi seperti informasi kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JKNS, atau kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Hospital Keningau dari semasa ke semasa. 

“Hospital Keningau komited untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat serta memastikan maklumat kesihatan yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat, berkuasa dan boleh dipercayai.

” Kerjasama semua pihak dalam memastikan penyebaran maklumat yang bertanggungjawab amatlah dihargai,” tambah kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE