Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Rogol anak kandung: Bapa dipenjara 18 tahun, 10 sebatan

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Fishir, menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 33 tahun selepas tertuduh tiba-tiba menukar pengakuan kepada bersalah ketika perbicaraan sedang berlangsung.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lima saksi untuk memberi keterangan.

Tertuduh mengaku merogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun di sebuah bilik di Putatan pada 23 April tahun ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Semasa rayuan, tertuduh memohon maaf atas perbuatannya.

“Saya menyesali perbuatan saya. Saya mohon hukuman diringankan kerana anak-anak saya masih kecil. Banyak tanggungjawab yang perlu saya selesaikan,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau menghidap darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Eugenie A Gilbert, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat sebagai pengajaran.

“Dalam kes ini, tertuduh ialah bapa mangsa sendiri, yang sepatutnya menjadi orang yang membimbing mangsa dan melindungi mangsa,” katanya.

Tamat.

LEAVE A RESPONSE