Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Redonah pilih berkempen secara matang, elak kempen agresif

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA MARUDU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Datuk Redonah Bahanda mengekalkan nilai-nilai positif termasuk berkempen secara matang menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan kali ke-17 (PRU DU-17) Sabah.

Redonah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata, beliau ingin mengekalkan nilai penuh kasih sayang, saling menghormati serta mengelak daripada berkempen secara agresif dan cara tidak baik.

Menurut Redonah, beliau teruja dan bersyukur apabila permulaan kempennya menjelang PRU DU-17 pada Isnin, iaitu Ziarah Sayang di Kampung Tambun Rikut dekat sini disambut baik oleh penduduk kampung. Kira-kira 20 buah rumah dikunjungi, dan lebih 100 orang penduduk disantuni.

Ketua Kampung Tambun, Tudin @ Jaludin bin Kamar, 69, berkata sejak lebih 20 tahun memimpin kampung tersebut, beliau sering menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa menyokong dan memilih calon yang jelas mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik serta berada dipihak kerajaan demi kebaikan rakyat.

Tudin berkata, kerajaan GRS suda cukup baik, ditambah pula dengan calon yang prihatin dan berjiwa rakyat seperti Redonah. Adalah satu kesilapan besar kepada mereka yang berpihak kepada calon yang tidak ‘ketentuan’ dan tiada arah tuju, katanya.

Menurut Tudin, terdapat kira-kira hampir 1,000 pengundi daripada 2,000 orang penduduk di kampung tersebut termasuk kawasan Pekan Lama.

Salah seorang penduduk kampung, Nidah Jans, 32, berkata, walaupun agak keliru hendak memilih siapa yang wajar diundi nanti memandangkan terdapat 13 orang calon bersaing, namun kehadiran Redonah ke rumahnya semakin menguatkan pendiriannya untuk memilih GRS.

Kempen menerusi program Ziarah Sayang di Kampung Tambun Rikut itu, Redonah akan menyapa mesra penduduk kampung serta menerangkan serba sedikit mengenai kestabilan kerajaan GRS sebelum ini dan ianya wajar diteruskan demi kesinambungan pembangunan negeri Sabah khususnya.

Mohd Faiz Hafifi, 32, berkata, sejak dari dulu lagi Redonah banyak membantu khususnya dari segi pelbagai sumbangan walaupun pada ketika itu beliau belum menjadi wakil rakyat kawasan Bandau ataupun calon.

” Calon kononnya orang luar tidak sepatutnya dipertikai, kerana Matunggong iaitu tempat asalnya merupakan kawasan dibawah Parlimen Kota Marudu. Selain itu, sejak dari dulu ramai yang berharap agar beliau dicalonkan pada pilihan raya dan seterusnya diangkat menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Bandau ini, katanya.
End~

LEAVE A RESPONSE