Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

QSB digalak teroka teknologi, tenaga baharu dan ekonomi digital

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Qhazanah Sabah Berhad (QSB) digesa untuk terus memperkukuh perancangan strategik organisasi bagi memastikan pengurusan aset dan pelaburan negeri dilaksanakan secara lebih cekap, telus serta berimpak tinggi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, langkah itu penting dalam mendepani cabaran ekonomi semasa yang semakin kompleks, selain memastikan setiap inisiatif yang dirangka mampu menjana pulangan mampan kepada negeri serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Menurutnya, QSB perlu lebih proaktif dalam meneroka peluang baharu, khususnya dalam sektor berpotensi tinggi seperti teknologi, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital, selaras dengan aspirasi pembangunan jangka panjang Sabah.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi QSB yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri Anifah Aman, di pejabatnya, di sini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan turut menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, pemantauan berterusan serta pendekatan inovatif dalam pelaksanaan projek agar setiap pelaburan yang dibuat benar-benar memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.

Beliau menambah, Kementerian Kewangan Sabah sentiasa menyokong usaha penambahbaikan dan pengukuhan strategi QSB, khususnya dalam memastikan setiap perancangan selari dengan dasar kewangan negeri serta mampu memperkukuh kedudukan fiskal Sabah secara keseluruhan.

Terdahulu, sesi kunjungan itu turut menyaksikan pembentangan bertajuk Arah Strategik dan Hala Tuju QSB yang memfokuskan kepada perancangan masa depan serta strategi memperkukuh peranan agensi berkenaan dalam memacu ekonomi negeri.

LEAVE A RESPONSE