Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU Sabah : Pilih berdasarkan rekod pentadbiran, kestabilan politik – Shahelmey

PUTATAN : Pengundi di kawasan Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat diseru untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17) yang bakal berlangsung pada 29 November ini.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menekankan pentingnya pengundi membuat pilihan berdasarkan rekod pentadbiran, kestabilan politik dan keupayaan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata kecenderungan politik adalah hak setiap individu, namun rekod prestasi dan kestabilan kerajaan perlu diberi keutamaan dalam memastikan pembangunan negeri terus terjamin.

“Saya menyeru semua pengundi berdaftar, khususnya di Putatan dan Tanjung Keramat, untuk keluar mengundi.

“Pilihlah wakil rakyat yang terbukti berkhidmat dengan rekod cemerlang serta membawa kepada kestabilan politik di Sabah,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Talenttime Evergreen Songs Komuniti Madani Tg Keramat Putatan yang berlangsung di Dataran Tomoi pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan program bakat seni komuniti seperti Talenttime mampu menjadi platform memperkasa golongan berbakat di kawasan tersebut, selain mengukuhkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.

Program berkenaan dianjurkan oleh JKDB dan JKKK dengan kerjasama Pejabat Parlimen P173 Putatan, dan menurut Shahelmey, inisiatif seumpama itu selaras dengan usaha membina masyarakat yang harmonis dan progresif. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE