KOTA KINABALU : Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berjaya dimenangi masing-masing oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, dua kerusi itu melibatkan kerusi DUN Karanaan dan DUN Melalap.
“SPR ingin memaklumkan, keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 sehingga jam 10.10 malam tadi,dua kerusi diumumkan secara rasmi dimenangi GRS dan PH.
“Bagi kerusi GRS, ia melibatkan kerusi DUN Karanaan dan PH melibatkan kerusi DUN Melalap,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Ramlan berkata, SPR sedang menunggu keputusan-keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi 71 bahagian PRU di seluruh Sabah.
Katanya, SPR ingin memaklumkan bahawa proses penjumlahan undi mengambil sedikit masa yang lebih panjang berikutan persaingan calon beberapa penjuru disamping faktor mula bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi.
“SPR memberi jaminan untuk mengendalilan proses penjumlahan undi ini berjalan dengan telus, cekap dan mengikut lunas undang-undang.
“Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya. – SABAH MEDIA






