Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRN17: Bekas penjawat awam antara yang menyertai PBS di Kiulu

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Raul G

KIULU: Bekas Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Justin Ginduk, antara 33 individu dari sebahagian Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).

Justin, yang mengetuai kumpulan ahli baharu itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Penerangan PBS merangkap Ketua Bahagian PBS Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, dalam satu majlis ringkas di sini, pada Khamis.

Selain itu, antara bekas penjawat awam yang mengemukakan borang keahlian adalah bekas Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tawau, Henry Timbangan serta beberapa pemimpin masyarakat.

Justin berkata, keputusan mereka menyertai PBS dilaksanakan mengikut persetujuan masing-masing bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Joniston serta perjuangan parti terbabit dalam membawa pembangunan dan perubahan di Kiulu termasuklah membela hak rakyat Sabah.

“Selain percaya terhadap kepimpinan Datuk Jonistin, kami menyertai PBS kerana beliau membuktikan dirinya sebagai pemimpin berwibawa yang sentiasa bersama rakyat dan bekerja keras demi kesejahteraan setempat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai parti yang konsisten, berprinsip dan komited terhadap pembangunan luar bandar serta pemerkasaan komuniti.

Sementara itu, Joniston yang juga penyandang kerusi DUN Kiulu, menyambut baik penyertaan ahli baharu dan menyifatkan ia sebagai petanda sokongan akar umbi terhadap PBS semakin kukuh di Kiulu.

“Keputusan pemimpin masyarakat dan bekas penjawat awam berpengalaman menyertai PBS mengukuhkan lagi komitmen parti untuk terus berkhidmat dengan ikhlas kepada rakyat.

“Hal ini menunjukkan mesej perpaduan dan khidmat bakti yang dibawa PBS masih mendapat tempat di hati rakyat,” ujar beliau. 

Joniston turut menegaskan PBS akan terus memperkukuh hubungan antara komuniti bagi memastikan pembangunan luar bandar terus dipertingkatkan dan manfaatnya diterima oleh semua lapisan masyarakat Kiulu. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE