Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Polis rampas 25.7 kilogram syabu bernilai RM1.28 juta

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya merampas dadah disyaki syabu seberat 25,744.37 gram bernilai kira-kira RM1,287,218.50 dalam satu operasi di lobi sebuah kondominium di sini, semalam.

Ketua polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata hasil pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) ke atas empat kotak menemukan 24 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur disyaki methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan serta menahan individu yang terlibat, selain membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam atas maklumat yang disalurkan sehingga membawa kepada kejayaan ini.

“Orang awam digesa terus bekerjasama dengan pihak pdrm menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah penampang kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah,” tambahnya.

LEAVE A RESPONSE