Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Piala Cabaran : Sabah FC ikat Penang FC saat akhir, penentuan di Likas 19 April


Read Time:1 Minute, 16 Second

GEORGETOWN: Sabah FC dan Penang FC terikat 1-1 dalam aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, sekali gus menyaksikan peluang kedua-dua pasukan kekal seimbang menjelang perlawanan timbal balik.

Skuad tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-70 menerusi penyerang sensasi, Dylan Wenzel-Halls yang bijak menyudahkan hantaran jauh Faith Obilor, sekali gus mencetuskan sorakan hampir 9,000 penyokong.

Sejak awal permainan, Penang lebih agresif apabila seawal minit kelima, beberapa percubaan dilakukan oleh Wenzel-Halls, Tchetche Kipre dan kapten pasukan, Stefano Brundo, namun gagal menemui sasaran.

Sabah hampir mencuri kelebihan pada minit ke-12 menerusi Chris Marlon Ondong-Mba, namun rembatan beliau sedikit tersasar ke tepi gawang.

Pada minit ke-19, Penang memperoleh sepakan percuma selepas pertahanan Sabah, Gabriel Peres, dikatakan mengasari Kipre, namun percubaan Wenzel-Halls berjaya ditepis penjaga gol pelawat, Damien Chien.

Aksi babak pertama turut menyaksikan Harimau Kumbang mempersia-siakan peluang terbaik pada minit ke-37 apabila tandukan Brundo hasil sepakan sudut berjaya diselamatkan Damien.

Memasuki babak kedua, tekanan berterusan Penang menghasilkan beberapa peluang berbahaya termasuk larian solo Wenzel-Halls pada minit ke-57 serta tandukan Kipre tiga minit kemudian, namun kedua-duanya berjaya dipatahkan Damien.

Sabah akhirnya bangkit pada masa kecederaan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil, Shukor Zulkiflee, mengesahkan kekasaran oleh penjaga gol Penang, Ramadhan Hamid terhadap Peres hasil semakan VAR.

Peres tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90+6 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Keputusan itu menyaksikan segala-galanya bakal ditentukan dalam aksi timbal balik di Stadium Likas pada 19 April ini.

LEAVE A RESPONSE