INDIA: Sebuah pesawat Air India menuju ke London dengan 242 penumpang terhempas sejurus berlepas dari Ahmedabad, India, hari ini.
Reuters memetik Menteri Kesihatan Persekutuan India mengesahkan bahawa “ramai maut” dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan.
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu jatuh di kawasan kediaman berhampiran lapangan terbang, menimpa asrama doktor, menurut polis.
Pesawat berlepas jam 1.39 petang waktu tempatan dan sempat menghantar isyarat kecemasan “Mayday” sebelum hilang komunikasi, menurut kawalan trafik udara.
Flightradar24 mengesahkan isyarat terakhir diterima beberapa saat selepas berlepas.
Air India berkata pesawat membawa 217 dewasa dan 11 kanak-kanak, termasuk 169 warga India dan 53 warga Britain. Beberapa mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan.
Visual di televisyen menunjukkan kebakaran besar dan kepulan asap tebal.
Britain sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa India bagi mendapatkan maklumat dan memberi bantuan.
Lapangan terbang Ahmedabad digantung operasi serta-merta. Boeing dan Tata Group dalam pada itu menyatakan kesedihan dan komitmen membantu siasatan serta keluarga mangsa.